KISAH BENAR : Gadis 20 tahun sudah tiduri 30 member FACEBOOK dari tak rela jadi seronok | USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb.
Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim.-metro





Gambar hiasan semata-mata

KEJAM!!! Isteri dirogol perompak depan suami dan dirakam dalam rumah | KUALA LUMPUR: “Kami diperlakukan seperti binatang oleh mereka, kepala saya ditetak dengan parang dan bayangkan, isteri saya dirogol depan mata saya,” kata seorang lelaki yang juga mangsa samun sekumpulan lelaki, empat tahun lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu dalam nada sebak berkata demikian ketika Mahkamah Sesyen di sini, semalam memanggilnya dan isteri memberi keterangan impak menceritakan kesan dialaminya selepas insiden samun itu.
Hakim SM Komathy Suppiah mendengar keterangan pasangan suami isteri itu sebelum menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 20 sebatan terhadap B Puvaneswaran, 23, yang mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Tambah mangsa yang bekerja sendiri itu, selepas kejadian terbabit, dia dan isteri mengalami trauma yang amat mendalam sehingga malu berdepan dengan masyarakat.

“Saya hilang pendapatan, isteri pula yang ketika kejadian baru hari pertama memulakan latihan untuk bekerja di Kuala Lumpur, terus tidak dapat bekerja sehingga ke hari ini.




SEDIH!!! KEADAAAN DI DALAM PENJARA TERKENAL FILIPINA (12 GAMBAR) | Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center ialah penjara yang unik di Filipina. Ianya penjara yang menggunakan koreografi tarian sebagai salah satu cara untuk memulihkan banduan yang ditahan di dalamnya. Banduan-banduan ini kesemuanya meringkuk di dalam penjara CPDRC. Mereka dikatakan berada keadaan di dalam penjara yang masih lagi belum sempurna dan mengikut piawaian hak asasi manusia.








Breaking News : 10 Model Kereta Telah Diturunkan Harga | Seperti yang kita sedia maklum,salah satu dari manifesto PRU13 yang dijanjikan oleh Barisan Nasional adalah untuk mengurangkan harga kereta di Malaysia.Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.

Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.

Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.

“Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.

“Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.

“Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk,” jelasnya.

Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.

Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.

“Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.

“Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.

“Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara,” jelasnya.

Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.

“Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.

“Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan,” tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.-arenakereta








Saya macam bangkai bernyawa! | “Saya amat tertekan, malah pernah terfikir akan menjadi bangkai bernyawa. Bagaimanapun, saya cuba menjalani kehidupan seperti biasa kerana setakat ini doktor mengesahkan saya bebas daripada jangkitan HIV,” kata bekas suami kepada seorang penghidap HIV.

Hanya mahu dikenali sebagai Iskandar, 43, dia tidak menyangka wanita dikahwininya pada 2004 itu penghidap HIV selepas menemui surat kematian bekas suami kepada isterinya yang meninggal dunia kerana penyakit maut itu dan surat pengesahan doktor yang menyatakan bekas isterinya turut menghidap HIV.

Katanya, dia mengahwini wanita berusia 35 tahun itu tanpa menjalani ujian saringan HIV kerana tidak diwajibkan di Kelantan ketika itu.

“Sepanjang berkahwin, bekas isteri menyembunyikan bahawa bekas suaminya meninggal dunia akibat HIV. Saya juga tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada 2010 saya terjumpa surat kematian bekas suaminya yang meninggal dunia kerana HIV.

“Bukan setakat itu saja, saya turut menemui surat pengesahan doktor bahawa bekas isteri menghidap HIV. Ketika itu memang saya marah kerana berasa ditipu, tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.-hmetro

apa kata anda?




Pelik!!!5 Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati Pernah Menggemparkan Dunia |Renunglah peristiwa peristiwa pelik dan ajaib yang berlaku kepada individu berikut. Mereka diputuskan hukuman mati tetapi Tuhan maha menentukan – mereka tidak mati bahkan dapat terus hidup bertahun-tahun selepasnya. Tuhan maha kuasa.Berikut merupakan kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati..
1. Anne Green
peristiwa aneh
Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun, setelah sampai di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tengkuknya. Mereka segera memberinya minum.Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.
Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.
2. John Henry George Lee
peristiwa aneh
John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang dikelar pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dituduh bersalah dan dihukum gantung.
Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman. Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak.
Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali. Akibat bingung dengan kejadian tersebut, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.
3. William Duell
peristiwa anehKetika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.
Sama seperti Anne, mayat William akan digunakan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur pada waktu itu. Setelah disahkan mati, mayatnya dibawa ke universiti.
Kemudian setelah pakaiannya ditanggalkan dan diletakkan di atas papan, seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas. Makin lama, William bernafas semakin cepat.
Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk. Malam itu juga, pihak kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman penjara.
4. Joseph Samuel
peristiwa anehJoseph dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut dibunuh. Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti.Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini. Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.
Namun perkara pelik terjadi apabila tali gantung tersebut putus. Setelah dicuba untuk kali kedua, tali itu tetap putus. Para penonton mula riuh dan cubaan kali ketiga disiapkan. Tetapi tali itu putus juga buat kali ketiga.
Lantas petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya,gabenor mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup.
Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa Joseph tidak seharusnya mendapat hukuman tersebut.
5. Wenseslao Moguel
peristiwa aneh
Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis. Dia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.
Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut. Foto di atas diambil pada tahun 1937 di rancangan Ripley’s Believe It or Not dimana Moguel menunjukkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.



Saintis Israel “Cipta” Ayam Bogel Tanpa Bulu (5 Gambar) | Saintis Israel di Israelis Rehovot Agronomy Institute telah menghasilkan ayam yang diubahsuai secara genetik. Apa sifat yang diubahsuai ialah ayam ini tanpa bulu. Dalam kata mudahnya, ayam ini ialah ayam togel. Mereka mendakwa bahawa ayam yang telah diubahsuai ini hidup lebih lama dan tahan di negara yang beriklim panas.