Pelik!!!5 Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati Pernah Menggemparkan Dunia
Pelik!!!5 Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati Pernah Menggemparkan Dunia |Renunglah peristiwa peristiwa pelik dan
ajaib yang berlaku kepada individu berikut. Mereka diputuskan hukuman
mati tetapi Tuhan maha menentukan – mereka tidak mati bahkan dapat terus
hidup bertahun-tahun selepasnya. Tuhan maha kuasa.Berikut merupakan
kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati..
1. Anne Green

Anne Green dihukum mati dengan
cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung
dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke
lehernya.Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan
diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun,
setelah sampai di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara
penafasan dari tengkuknya. Mereka segera memberinya minum.Dua belas jam
setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa perkataan. Beberapa
tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta
dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya
terkenal itu.

John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang dikelar pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dituduh bersalah dan dihukum gantung.
Ketika
berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat
tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of
Tyburn, London.
Setelah kes ini, banduan mati
digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk
mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.
2. John Henry George Lee

John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang dikelar pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dituduh bersalah dan dihukum gantung.
Menurut jadual, John akan
dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. Ketika tiba harinya,
John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman. Namun, trap
door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak.
Bukan hanya sekali dua kali,
tetapi tiga kali. Akibat bingung dengan kejadian tersebut, John
dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah
menjadi dipenjara seumur hidup.
3. William Duell
Ketika
berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat
tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of
Tyburn, London.
Sama seperti Anne, mayat William
akan digunakan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur pada
waktu itu. Setelah disahkan mati, mayatnya dibawa ke universiti.
Kemudian setelah pakaiannya
ditanggalkan dan diletakkan di atas papan, seorang petugas makmal yang
menyedari bahawa William masih bernafas. Makin lama, William bernafas
semakin cepat.
Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk. Malam itu juga, pihak kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman penjara.
4. Joseph Samuel
Joseph
dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan
rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut dibunuh.
Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.Namun,dia menyatakan bahawa
dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah
tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan
bukti.Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di
mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini.
Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan
tali. Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.
Namun perkara pelik terjadi
apabila tali gantung tersebut putus. Setelah dicuba untuk kali kedua,
tali itu tetap putus. Para penonton mula riuh dan cubaan kali ketiga
disiapkan. Tetapi tali itu putus juga buat kali ketiga.
Lantas petugas di lokasi
memberitahu gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya,gabenor
mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup.
Gabenor dan petugas lain yakin
bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa Joseph
tidak seharusnya mendapat hukuman tersebut.
5. Wenseslao Moguel

Moguel dihukum mati dengan cara
ditembak oleh pasukan tembak polis. Dia ditembak 9 kali, termasuk 1
peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan
dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.
Entah bagaimana, Moguel dapat
bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke
kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut.
Foto di atas diambil pada tahun 1937 di rancangan Ripley’s Believe It or
Not dimana Moguel menunjukkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya
dari jarak dekat.












